250gm Mentega
100gm Gula Aising
50gm Tepung Kastard
50gm Tepung Jagung
1 sudu teh Pati Strawberry
250gm Jem Strawberry-untuk inti
Sedikit Asam Gambir
Tepung Halus Bluekeys-adunan tepung mengikut lembut adunan
Sedikit Pewarna Merah dan Hijau
Cara-cara membuatnya-
Mentega dan gula dipukul hingga sebati.masukan pati strawberry,sedikit pewarna merah,tepung kastard,tepung jagungdan asam gambir yang dikisar halus,gaul kesemua bahan sehingga sebati.masukan pula tepung halus bluekeys sehingga menghasilkan doh yang lembut.ambil sedikit adunan dan masukan sedikit jem strawberry didalamnya.(bahagian ini agak leceh sedikit kerana jem akan keluar jika tidak hati2)bulatkan adunan seperti buah strawberry.ambil sedikit adunan hijau untuk dibuat daun(sedikit mentega,gula aising,tepung dan pewarna hijau-disatukan sehingga menjadi doh.bahagian ini kita bleh buat mengikut sukatan sendiri)bentukkan adunan hijau ini sebagai daun dan letakkan dibahagian atas biskut tadi untuk kelihatan seperti buah strawberry.susun didalam dulang pembakar dan bakar pada suhu170'c selama 20-25 minit.setelah masak biarkan sejuk sebentar dan blehlah digaul dengan gula halus dan simpan didalam balang.
p/s-nk buat bentuk strawberry xsempat so ibu gunakan acuan bentuk bunga seperti dlm pict tu.ok gak rasa masih sama just bentuk jer dh lain....(malas thap gaban dh melanda...hehehehehe)

No comments:
Post a Comment