Followers

Monday, 4 June 2012

salam semua....dah lama xmasuk kat blog ni.pi tinjau2 kat blogger yg lain untuk mencari resepi yg best2(mcm biasa ler....)ibu tengah planning nk buat bisnes kat bazar....hehehe.sambil2 buat bisnes biskut raya.ibu nk cari resepi biskut yg terbaru.dapat jg akhirnya...so nnti ibu update biskut apa yg ibu maksudkan tu ya....ok ler...ibu nk out dulu,ank ibu ni xsabar2 nk on9 plak....bye semua

Tuesday, 21 February 2012

MEE BANDUNG







Bahan A
1kg mee kuning
1kg udang segar-buang ler apa2 yg patut dri badan udang tu
1 peket fish cake-dihiris(jika suka)
isi ayam/daging-dipotong dadu/nipis(klau mengunakan daging kena rebus empuk2 dulu)
secekak sawi hijau-potong ikut suka
lobak merah-dihiris nipis
limau kasturi-untuk hiasan jika suka masam2
bawang goreng-untuk hiasan
daun sup-dihiris halus

Bahan B
4 biji bawang besar-dikisar
5 biji bawang putih-dikisar
2 inci halia-dikisar
segenggam udang kering-direndam dan kisar
sedikit cili kering-rendam dan dikisar
sedikit garam.aji dan gula-(garam jgn letak bnyk2 sbb mee kuning dh ada garam)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
air-untuk dibuat kuah
Bahan C
kacang tanah-disangar dan tumbuk sederhana kasar & halus

Cara-caranya=
panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik bau.masukan air.biar mendidih sambil digaul sebati.masukan air asam dan digaul lagi.setelah itu dimasukkan garam,aji dan gula.setelah itu masukkan pula kacang tanah untuk memekatkan kuah tadi.(pada masa ini keadaan kuah tidak terlalu pekat sngt).setelah siap semua bahan kuah tadi bolehlah mula membuat mee bandung pula.panaskan kuali dan masukan beberapa senduk kuah yg telah dimasak tdi.(jika suka kuah bnyk letak lebih)masukkan udang,fish cake dan ayam kedlm kuali.biar mendidih dan empuk.masukkan pula telur serta mee,sayur sawi dan lobak.biar semua bahan sebati dan mendidih sehingga kuah bertambah pekat(ibu mmg biasa buat mcm ni)dan boleh ler dihidangkan.hiaskan dgn bawang goreng dan daun sup(jika suka).selamat menikmati...:)


p/s-gambar ni ibu ambil dlm internet jer sbb kad reader ibu rosak xboleh upload gambar tapi rupanya lebih kurang mcm ni jg...hehehehe

Wednesday, 31 August 2011

KEK BATIK

hah...ni kek batik yg ibu buat ptg smlm....msih blum potong lagi...mcm syg plak nk potong...:)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

salam smua...sorry sbb lmbat update blog ibu ni.ibu sibuk sngt smpai xcukup2 tangan nk buat smua kerja dan persiapan hari raya maklum ler ibu xde ank perempuan,sebelum ibu melencong kelain,ibu nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat smua saudara mara,rakan2 yg mengenali ibu dan seluruh umat islam kat muka bumi Allah ni.maaf zahir & batin sekiranya ada trsilap kata dan perbuatan.minta halal mkn & minum.walaupun raya dh msuk 3 syawal rasa2nya xtrlmbat lgi...hehehehehe...dan juga SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA  YG KE 54 THN(klau xsilap ler).

Friday, 12 August 2011

BISNES KEREPEK PISANG

Salam semua...hurmm...pagi ni ibu nk kongsi pengalaman bisnes yang ibu jalankan pada setiap tahun pada bulan Ramadan,apa lagi klau bukan kerepek pisang manis dan masin.mungkin bagi semua org benda2 ni pekara biasa tapi pada ibu,ia adalah satu kepuasan klau apa yang kita minat menjadi kegemaran semua org.nak puaskan aty semua org bukan senang tau...biasa ibu jual pada saudara-mara dan sahabat mak yang berada di singapore.itu pon mak yg tolong perkenalkan pada kawan2 dia.sebahagian lagi,ibu jual dengan kawan2 hubby.seronok sngt buat bisnes kerepek pisang ni sbb ia mudah.biasa harga setiap kg ibu jual berdasarkan harga pisang,maklum ler harga pisang ni turun naik setiap tahun.minyaknya lagi...skrg ni minyak bagi 5kg rm14 dan hanya boleh beli limit 2 botol sahaja.hurmmm...payah juga ler tapi bisnes kecil2an...bleh ler...kerepek pisang yg ibu buat terkenal kerana ia tipis,ranggup dan tidak hangus maksudnya tidak ada rasa pahit terlebih lagi kerepek pisang manis,tapi nk buat kerepek pisang manis supaya xde rasa pahit agak susah juga,kena jaga api dan mesti tahu proses masak berapa lama.ibu cakap ni pon sebab pelanggan yg dah biasa beli yang beri respons kat ibu.kerepek pisang ibu ni xde gunakan pewarna,so warna neutral pisang ler,bab ni pon nak kena pandai pilih pisang.biasanya ibu dapat bantuan dari pak mat sipenjual pisang.beliau yang beri tips mcm mne nk pilih pisang yg sesuai untuk buat kerepek...heheheheh.biasa setiap tahun ibu cuma ambil tempahan kerepek sedikit saja sbb xlarat nk buat sorang2.mane nk buat biskut yang org tempah lagi..takut xsempat.insyakallah ler...klau ank2 kawin nanti,dapat menantu bleh ler menantu2 ibu plak tolong buat semua ni.ringan sikit kerja.heheheheh...(berangan jer...).ok ler..ibu nak sambung buat kerepek pisang...jumpa lagi ya lain waktu klau ibu xbusy...:)

Thursday, 11 August 2011

MENTEGA GOLDEN CHURN HARAM?

A'salammualaikum...ibu dengar isu tentang butter golden churn ni haram?betul ke?alamak....xsedap ler kuih tart dan makmur ibu.hmmm.....mentega scs halal x?sbb xpernah guna ler mentega scs ni lagi.hai...mcm2 jer isu halal & haram produck makanan skrg ni.dulu kecoh pasal minyak sapi QBB,skrg mentega golden churn plak,esok2 entah apa2 plak yg haram.harap2 pihak yang bertanggung jawab dalam isu sebegini lebih berhati2 dalam menjalankan tugas.kerana isu halal  & haram dalam makanan ni ada ler isu yg sngt sensitive bagi umat islam seluruh dunia.

Sunday, 7 August 2011

BISKUT STRAWBERRY BERJEM

250gm Mentega
100gm Gula Aising
50gm Tepung Kastard
50gm Tepung Jagung
1 sudu teh Pati Strawberry
250gm Jem Strawberry-untuk inti
Sedikit Asam Gambir
Tepung Halus Bluekeys-adunan tepung mengikut lembut adunan
Sedikit Pewarna Merah dan Hijau

Cara-cara membuatnya-
Mentega dan gula dipukul hingga sebati.masukan pati strawberry,sedikit pewarna merah,tepung kastard,tepung jagungdan asam gambir yang dikisar halus,gaul kesemua bahan sehingga sebati.masukan pula tepung halus bluekeys sehingga menghasilkan doh yang lembut.ambil sedikit adunan dan masukan sedikit jem strawberry didalamnya.(bahagian ini agak leceh sedikit kerana jem akan keluar jika tidak hati2)bulatkan adunan seperti buah strawberry.ambil sedikit adunan hijau untuk dibuat daun(sedikit mentega,gula aising,tepung dan pewarna hijau-disatukan sehingga menjadi doh.bahagian ini kita bleh buat mengikut sukatan sendiri)bentukkan adunan hijau ini sebagai daun dan letakkan dibahagian atas biskut tadi untuk kelihatan seperti buah strawberry.susun didalam dulang pembakar dan bakar pada suhu170'c selama 20-25 minit.setelah masak biarkan sejuk sebentar dan blehlah digaul dengan gula halus dan simpan didalam balang.

p/s-nk buat bentuk strawberry xsempat so ibu gunakan acuan bentuk bunga  seperti dlm pict tu.ok gak rasa masih sama just bentuk jer dh lain....(malas thap gaban dh melanda...hehehehehe)

BISKUT ALMOND LONDON

180gm Coklat Masakan
260gm Mentega
120gm Gula Halus
550gm Tepung Top-diayak
2 biji Kuning Telur
Badam Biji-dibakar
Badam Cincang-dibakar sebentar
Mangkuk Kertas

Cara-caranya membuatnya-
Pukulkan mentega bersama gula halus hingga sebati.masukkan kuning telur satu persatu.masukkan pula tepung top dan gaul sehingga menjadi adunan yg lembut.ambil sedikit adunan sebesar guli dan masukkan kacang badam biji ditengah2nya dan bulat2kan adunan.masukan adunan kedalam mangkuk kertas dan bakar pada suhu 160'c selama10-15 minit.apabila biskut masak,masukan sedikit coklat masakkan yg telah dicairkan secara double boil diatas permukaan biskut dan taburkan sedikit kacang badam cincang diatasnya.biarkan coklat keras dahulu barulah disimpan didalam balang.

p/s-resepi ni ibunda ambil dari saudara ibu kerana rasanya yg sedap tanpa mengunakan serbuk vanili.bahan2nya juga ringkas dan mudah

BISKUT NATASHA

180gm Mentega Farmcow
250gm Tepung Halus Bluekeys
125gm Gula Aising(bleh dikurangkan sedikit jika xsuka manis)
50gm Tepung Kastard
1/2 Cawan Kuaci Bunga Matahari-dikisar
1 biji Kuning Telur
Sedikit Pewarna Hijau
Secubit Garam
Coklat Masakan-untuk hiasan

Cara-cara membuatnya-
satukan kesemua bahan selain coklat masakan dan gaul hingga menjadi doh yg lembut.canaikan sedikit adunan dan terap dgn acuan yang digemari.susun dalam loyang dan bakar pada suhu 175'c selama 18-20 minit.setelah biskut masak,keluarkan dan bleh dihias coklat masakan dipermukaan biskut dengan coklat masakan.biar sehingga coklat keras dahulu,bru disimpan didalam balang.

p/s-biskut ni ranggup dan baunya wangi kerana adunan kuaci didlamnya

Monday, 1 August 2011

RAMADHAN


Assalammualaikum...Selamat menyambut Bulan yg penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 2011.Bagaimana permulaan puasa?diharap semoga Umat Islam semua dapat menjalani ibadat puasa ini dgn baik dan sempurna.amin....Ibu pula xsihat sehari sebelum Ramadhan tiba,demamlah pulak....!tapi alhamdulillah.ibu masih bleh berpuasa lagi dgn baik walaupun dah xlarat sangat badan ni rasanya...diam-xdiam dh masuk ari yg kedua ramadhan.mudah-mudahan ibu berjaya lgi menjalani ibadat puasa dlm keadaan ibu yg sakit ini...Mcm mne ler nk ambil tempahan kerepek dan biskut raya klau keadaan ibu beterusan mcm ni?hai...nk buat mcm mne,agaknya dh takdir kot..:)
oke ler...kepala dh terasa berat sngt ni,rasa2 kena stop dulu.kita jumpa lgi lain waktu dgn resepi2 ibu yg lain pula.........bye.