Followers

Saturday, 30 July 2011

BISKUT MAKMUR

A)1Kg Tepung Gandum-(diayak)
    2Buku Mentega-(biar pada suhu bilik)
    1Tin Kecil Minyak Sapi
    Sedikit Garam
    Sedikit Pewarna hijau-(dari dulu mmg suka letak warna hijau ni)
    2Biji Telur
B)Bahan untuk inti-
Kacang Tanah-digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan ditumbuk jgn trlalu halus atau
kasar.gula pasir ditumbuk atau diblend.sukatan manis ikut suka dan satukan kedua bahan dan gaul sebati. simpan didlm bekas kedap udara supaya xlemau.

Cara membuat biskut-
satukan mentega dan minyak sapi dan gaul sebati.masukan telur,garam dan pewarna hijau.akhir sekali masukan tepung gandum dan digaul sehingga menjadi doh yg lembut.ambil sedikit doh sebesar guli dan leperkan adunan.masukan sedikit inti dan dibulat2kan(biasa ibunda buat bentuk bujur seperti daun supaya kelihatan menarik).sepit2kan dipermukaan makmur tadi dgn penyepit yg kecil supaya kelihatan seperti daun.susun didlm dulang pembakar dan bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.setelah masak,biarkan sejuk sedikit dan bolehlah digaul dgn gula aising.simpat didalam bekas kedap udara.


BISKUT TART

A)1 Kg Tepung Gandum-(diayak)
    2 Buku Mentega -(biar pada suhu bilik)
    2 Sudu Makan Susu Manis
    2 Biji Telur
    sedikit garam
B)Bahan Inti-
    Beberapa biji nanas-diparut dan ditapis airnya
    Gula pasir-mengikut manis inti
    Sedikit pewarna kuning
    Sehelai daun pandan-disimpul
    Sedikit mentega anggaran 1-2 sudu makan-(supaya inti kelihatan berkilat dan cantik)
 Cara membuat inti-
masakan nenas bersama daun pandan dan gula pasir hingga kering dengan api yg sederhana.(makan masa yg lama untuk kering).setelah kering masukan sedikit pewarna dan digaul sebati.akhir sekali masukan mentega untuk mengilatkan tekstur inti tadi.setelah sebati semua bahan,matikan api dan sejukan inti terlebih dahulu.

Cara membuat tart-
Masukan tepung gandum kedalam mangkuk,masukan mentega,garam dan susu manis.gaul hingga sebati dan menjadi doh yg lembut(jika doh kurang lembut boleh dimasukkan sedikit lagi mentega)ketepikan..ambil sedikit adunan dan canaikan(jangan terlalu tebal atau terlalu nipis).terap dengan acuan tart dan buat lubang ditengah untuk meletakkan inti.kemudian gunakan penyepit kuih makmur dan bleh disepit keliling biskut tadi.susun dlm dulang dan bakar pada suhu 170'c selama 15-20 minit.sejukan dahulu baru disimpan didalam bekas.


SALAM PERKENALAN

Asalamualaikum...salam perkenalan dri ibu.ibu ni seorg yg excited bila berkata tentang apa saja jenis masakan.Kalau ibu dpat jer resepi yg sedap2,ibu akan simpan baik2.biasanya makcik ibu yg suka beri resepi yg sedap2 tu....heheheheh.Ibu juga suka mencuba resepi2 baru,biasanya ibu akan pergi ke blog masakan untuk mencari resepi baru terutamanya resepi biskut2 raya kerana dengan hobi ibu inilah,ibu telah membuat perniagaan biskut raya dan kerepek pisang pada Hari Raya setiap tahun.penat jg bila buat sorang2 tpi sebab minat sangat xbleh nk kata apa dah...!sesiapa yg ada resepi yg sedap2 tu,bleh ler berkongsi dgn ibu ya?.oke ler stakat disini dulu kita berkenalan.lain waktu kita bertemu lgi....