180gm Coklat Masakan
260gm Mentega
120gm Gula Halus
550gm Tepung Top-diayak
2 biji Kuning Telur
Badam Biji-dibakar
Badam Cincang-dibakar sebentar
Mangkuk Kertas
Cara-caranya membuatnya-
Pukulkan mentega bersama gula halus hingga sebati.masukkan kuning telur satu persatu.masukkan pula tepung top dan gaul sehingga menjadi adunan yg lembut.ambil sedikit adunan sebesar guli dan masukkan kacang badam biji ditengah2nya dan bulat2kan adunan.masukan adunan kedalam mangkuk kertas dan bakar pada suhu 160'c selama10-15 minit.apabila biskut masak,masukan sedikit coklat masakkan yg telah dicairkan secara double boil diatas permukaan biskut dan taburkan sedikit kacang badam cincang diatasnya.biarkan coklat keras dahulu barulah disimpan didalam balang.
p/s-resepi ni ibunda ambil dari saudara ibu kerana rasanya yg sedap tanpa mengunakan serbuk vanili.bahan2nya juga ringkas dan mudah
No comments:
Post a Comment